Thursday, December 20, 2012

salam imtihan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Alhamdulillah.ahyana bi nur al-islam wa al-iman dil waqti.

Sedar tak sedar.dah masuk fasa kehidupan di bumi kinanah. Masih dikurniakan kekuatan dan kelapangan walau di masa yang agak "heavy" mungkin dengan imtihan yang bakal menjelma. Namun tetap Allah izinkan menggunakan sedikit dari rezeki waktunya untuk menghadap laptop ni. =)

Mungkin sahabat sahabiah di bumi bertuah Malaysia semua dah habis exam. Sudah pun cuti . Tapi anak-anak (walau hakikat-nya adik2) yang sedang hebat bertempur di bumi anbiya bertungkus-lumus, berhampas-pulas menyiapkan diri bagi menghadapi imtihan yang bakal menjelma. 

Hakikat yang memang tak dapat nak dielak. "when the time have come, we MUST face it. right? We have to be strong but at the same time we should think and do our responsible also". Di fasa-fasa inilah, kerapnya qalb (hati) mula memainkan peranan sesuai dengan namanya. Mulalah, nak berbolak-balik. Nak buat benda-benda pelik. Tapi time ni lah patut kita sedar. Come to the reality. kita tengah diuji kot?!. Memang kita alpa. Ujian tak semestinya yang payah sahaja, Lagi berat kalau ujian itu berbentuk kesenangan. Memang mudah rasa nafsu ini tewas kan.

Jom sama-sama realize. Hati ni macam driver, yang pegang stereng. Akal sebagai co-driver (yang macam jpj punye tu,ade brek). Anggota sebagai tyre. Bila mana kita diuji. Cuba kawal 3 benda ni sebaiknya. Salah satu terabai., risau semua akan dapat aqibat.

So, pesanan buat diri, wahai diri, mungkin kau selalu leka, kau selalu alpa, kau selalu rasa bahagia. Namun, cubalah kau sedar. Setiap kali Dia ketuk pintu hati, mengajak kembali. Cubalah kau buka dengan ikhlas, agar kau benar-benar redha untuk melakukannya. Ikhlaslah!. Diri, percayalah. Dia sebaik-baik perancang. Dan Dia tidak pernah sekali-kali memungkiri janji-janji-Nya kan.? Jadi, fikirlah, jalankanlah tanggungjawab kau wahai diri. Khalifah dan Hamba. Walau kedua-duanya mungkin tampak berbeza. Tapi hakikatnya, ia sama. Kuatlah kau untuk berada di jalan-Nya. Tenanglah dikau.

Buat sahabat-sahabat, ingin sekali saya ambil kesempatan, berkongsi satu selawat daripada seorang ustaz-ustaz khairul abdan dan diijazahkan selawat ini kepadanya oleh Ustaz Nazrul. Selawat Annuriah. InsyaAllah. kita dipermudahkan hafazan dan dipertahankan hafazan sehingga menjadi pembela ke alam yang hakiki kelak.

صلوات نورية

اللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ النُّورِ المُذْهِبِ لِلْنِسْيَانِ بِنُورِهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله

-Allhumma solli 'ala saidina Muhamad nuri muzhibi linisyani binurihi wa 'ala alihi wasohbihi fi kulli lamhatin wa nafasin 'adada ma wasi'ahu 'ilmullah


Ps/: Maaf atas segala kekurangan pada post ni. seriouly baku sangat ayat. ye lah. mesir bukan macam Malaysia dah.bahasa pasar je semua. sorry. and mungkin dull sikit cara perkongsian. harap boleh la tegur and kritik bagi pembaikan selepas ini.
 
*untuk lebih jelas tentang selawat ini, boleh link sahabat ini
Salam imtihan ! 

Biar pena berbicara, 


No comments:

Post a Comment