Assalamualaikum.!Kaif halukum?arju antum bikhair fi kulli makan wa kulli zaman.insyaAllah.!
Apabila hati berbicara.memang first impression mungkin ada akan kata
"okay,budak ni dah start jiwang"
"cilok tajuk novel boleh la citer nak jadi tajuk post"
No.No.No.
ni bukan kisah nak curi tajuk novel ke apa tapi saja mencari sebuah tajuk diskusi.buat diri ini islah diri.
"Eh2.tengok dia tu.best nye dia dah hafal 30 juzu'!."
"Best nye tengok dia boleh bagi tazkirah.fill in dengan ayat2 quran + hadith lagi tu!"
okay2.stop sampai situ je dulu.memang lumrah kite dapat tengok orang punye hal dulu.tak kire la yang baik atau tak.tapi percayalah.kalau macam situasi kat atas ni.dia boleh mentajdidkan diri dengan amalan-amalan baru + boleh tingkatkan keyakinan dan keimanan.
Percayalah.setiap sesuatu yang kita lakukan semuanya ibadah?power tak?SEMUA.tak terkecuali satu pun! WOOOWWW ? TAPI! ade syarat dia jugak.asalkan kita buat.ikhlas kerana Dia.nak dapat redha Dia dalam kehidupan ni,tak ada sebab lain seperti :
"aku nak hafaz quran lah.sebab si fulan mesti cemburu kat aku kalau aku hafaz quran"
"aku nak buat solat sunat la selalu.sebab mesti mak abah bangga dengan aku nanti."
Berkata Saidina Umar Bin Al Khattab r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hanya sesungguhnya segala ‘Amalan itu dengan Niat, dan hanya sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkan, (olehnya) siapa yang berhijrah (berpindah) kerana Allah S.W.T. dan Rasulnya s.a.w. maka hijrahnya itu tetap kerana Allah S.W.T. dan Rasulnya s.a.w. dan siapa yang berhijrah untuk mendapat habuan dari dunia, atau untuk perempuan yang hendak dinikahkannya, maka hijrahnya itu (tetap) kepada apa yang menyebabkan ianya berhijrah itu.
Sahabat-sahabat sekalian.juga peringatan buat diri yang sentiasa penuh dengan khilaf dan dosa.sering alpa dan leka.ingat lah.bila hati ini dah biasa dengan sifat ikhlas.berhijab dengan sempurna untuk muslimah lillahi ta'ala.kaum adam berjemaah di rumah-Nya setiap waktu.kerana ingin mendapatkan redha-Nya.insyaAllah.setiap sesuatu yang kita buat.pasti menjadi ibadah.dan Dia pasti suka!.
Dalam sebuah hadith qudsi yang pernah saya baca dan ingat.berbunyi seperti ini :
" Bila kita berjalan selangkah menghampiri Allah, seribu langkah Allah datang menghampiri kita"
Jadi.seruan buat hati ini sendiri.dan sahabat-sahabat pembaca sekalian.fastabiqul khairaat.!marilah sama-sama fahami bicara hati.yang ingin sentiasa berada dekat dengan-Nya.yang sentiasa dambakan rindu dari-Nya.yang ingin sentiasa menyulam rasa cinta tatkala membaca kalam-Nya.yang juga ingin merasa cinta-Nya yang kekal buat hamba-Nya.
Semoga Allah meredhai setiap amalan yang kita lakukan.tak salahkan nak meningkatkan lagi kualiti ibadah supaya hati jadi lebih ikhlas dalam ingat pada-Nya kan?carilah redha-Nya yang berada dimana-mana sahaja selagi kita hendak mendapatkannya.insyaAllah.
Yang baik datang daripada Allah.Yang buruk juga datang dari-Nya tapi disandarkan pada diri saya selaku hambanya yang penuh dengan khilaf.
Saya akhiri entry kali ini dengan sebuah doa:
"Rabbana la-tuzigh qulubana ba' da idh-hadaytana wa-hab lana mil-ladunka rahmatan, innaka antal-wahhab"
" Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kami petunjuk dan kurniakan kami dari sisi-Mu akan rahmat.Sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi." (Ali Imran :8)
Lots of love,
No comments:
Post a Comment