Tonight , i just wanna share somethings that i felt just now.
I'd read my inbox.yah0o mail.it's about 'sucikanlah dirimu dengan taubat'.
argh.! its really t0uched my heart.because i am 0ne the pers0n that always d0ing sins.
with0ut kn0wing it is really such a bad things.terasa sgt hati ni.hinakan insan ni?.
selalu lupa.alpa.leka.semua dengan layan dunia.tanpa segan kepada pencipta.
tengah² bace.szaappp.tears 0n my cheek.argh.sedih melampau.mata dah sememangnya bengkak.tu pun sbb bnyk d0sa buat.terlampau² bnyk kali buat d0sa.n bertaubat.
kadang rasa x gune sgt dri ni.tapi entahlah.in the same time still rase bersyukurr sgt² kpd Sang Pengampun.Pengasih.masih lagi beri peluang kpd hamba yg dhaif ni utk kenal apa erti TAUBAT. dan juga apa erti MENYESAL.peringatan untuk insan yg hina lagi kerdil -solehah ardzi-.ingatlah.mcm mane bnyk pun d0sa kite.Allah still ada.jgn putus hrpn.pd rhmat nye tuh.
terdetik untuk share dr bl0g se0rang saudara ni.menarik.dan buat dri ni terdetik untuk berfikir.syukran sgt² ats kbnrn utk share.
Cerpen: Sucikanlah Dirimu Dengan Taubat
Dari bl0g : mohamadkhirjohari.blogspot.com
“Akh, ana nak tanya siket boleh tak?”
“Asalkan bukan hal akademik, tanya lah.”
“Hehe. Apa pendapat antum tentang taubat?”
“Pendapat ana? Ana student chemical kot. Mana boleh main bagi-bagi pendapat ni.”
“Alah, bagi je lah tahu.”
“Ok ok, tapi bukan pendapat ana lah ye.”
“Tak kisah lah.”
“Hmm.. First, apa makna taubat?”
“Erm.. kembali?”
“Entah lah, nanti kita google benda tu, tapi akh, taubat ni boleh dikatakan sebagai satu ritual yang dilakukan oleh orang-orang yang berbuat dosa, kemudian dia menyesali perbuatannya dan mahu kembali kepada jalan yang benar semula.”
“Hmm.”
“Apa yang ‘hmm’?
“Eh, tak de apa-apa.”
“Islam ni special akh, sebab kalau kita nak bertaubat, kita tak terikat dengan apa-apa pun. Yang penting adalah keinginan yang kuat, dan seberapa banyak nilai kesungguhan yang kita letak untuk ke arah itu.”
“Maksudnya?”
“Ada agama yang kita kena menggunakan perantara manusia kalau nak bertaubat, ada juga agama yang menyuruh kita membunuh diri jika mahu bertaubat, ada juga agama yang kita kena beli dan isi borang-borang tertentu kalau nak bertaubat.”
“Hah?! Isi borang?”
“Yup. Tapi Islam itu mudah, kalau kita kata kita nak bertaubat, first kita kena menyesal dulu perbuatan kita.”
“Kenapa menyesal?”
“Kalau tak menyesal, macam mana kita nak stop. Adeh, itu pun nak tanya ke?”
“Hehe. Saje je.”
“Lepas dah menyesal dan sedar apa yang kita lakukan itu satu kesalahan atau kemaksiatan kita kepada Allah, apa kita kena buat?”
“Ermm..”
“Mohon ampun pada Allah. Istighfar sebanyak mungkin, dan terus buat solat sunat taubat, jangan tangguh-tangguh.”
“Kenapa pula?”
“Sebab kita tak tahu bila kita mati. Cuba baca surah ke-3 ayat 102”
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim.”
[QS ‘Ali Imran, 3:102]
“Jangan sampai kita mati dalam keadaan kita bermaksiat, berdosa, inikan syirik dan kafir terhadap Allah. Nauzubillah min zalik. Dan bacakan surah ke-7 ayat ke-14.”
“Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.”
[QS al-‘Araf, 7:14]
+++
"Bila kita akan mati?”
“Tak tahu..”
“Tett.. Salah. Jawapannya ‘bila-bila’ je kita boleh mati. Jadi, kita kenalah bersedia dengan memastikan kita mati, dalam keadaan kita muslim.”
“Tapi, macam mana akh, kalau kita dah cuba bertaubat dah, berdoa, solat taubat, menyesal, itulah, inilah, tapi masih lagi kadang-kadang mengulang benda yang sama. Kadang-kadang rasa diri ni hipokrit lak.”
“Akh, ingat tak apa Allah firman dalam satu hadis qudsi tentang dosa yang ke langit tu?”
“Ingat-ingat, jap ye..”
“Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.”
[HR at-Tirmidzi, dinilai hasan oleh al-Albani]
“Hmm. Jadi akhi, jangan pernah kita putus asa dengan rahmat Allah. Ya akh, mungkin kita pernah berdosa, bahkan setiap dari kita ada masalah serta sejarah dia masing-masing. Tapi akhi, yang menentukan masa depan kita bukan masa-masa lalu tu, sebab itu semua dah lepas. Tapi, masa sekarang. Sejauh mana kita benar-benar menyesal dan berbuat sesuatu untuk itu.”
“Hmm. Tapi masalahnya akh, ada satu dosa tu, ana susah lah nak tinggal. Cuba dah, doa dah, tapi masih gagal. Macam mana?”
“Doa tu memang patut akh, menyesal pun memang patut, dah nama dosa. Tapi antum agak-agak lah, dah cukup ke usaha yang antum letakkan dalam nak tinggalkan benda-benda tu? Kalau ye, memang dah berusaha sehabis baik gila-gila mungkin dah, maka cuba antum lihat balik pada taubat antum pulak. Adakah taubat antum hanya sekadar ritual, pada perbuatan zahir, atau ianya memang datang dari hati…”
“…..”
“Eh, jangan nangis. Tak macho lah.”
“Ha? Mana ada. Ngantuk je..”
+++
‘Ya aku menangis.. Aku menangis kerana aku tidak mempunyai hati dalam bertaubat rupanya selama ni.’
+++
“Akh, cuba bacakan hadith ni.”
“Hmm..”
“Seorang telah melakukan dosa, lalu dia berkata: “Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)”. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: “Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa … ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya (dalam riwayat lain ditambah: Aku ampunkan dosanya)”. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: “Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa … ampunilah dosaku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Hamba-ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau.”
[HR al-Bukhari dan Muslim, dan lafaz adalah lafaz Muslim]
“Hadis ni bukanlah lesen untuk kita buat dosa ye, tapi dia menceritakan tentang seseorang yang dah bertaubat bersungguh-sungguh, tapi dia gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa tersebut. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon ampun kepada Allah, sebab tu Allah ampunkan dia. Kalau kita? Ikhlas tu ada ke tak de, pun mungkin boleh diragukan lagi.”
“Maknanya, kita jangan putus asa, dan usaha sungguh-sungguh untuk tinggalkan dosa-dosa tu, sambil disertai dengan keikhlasan. Macam tu?”
“Yup. Pandai pun. Jangan sekali kita rasa diri kita tak berguna, pastu mintak nak keluar halaqoh, tak nak join orang buat kerja dakwah, tak nak kawan dengan budak-budak baik lagi, sebab kononnya takut mencemari mereka. Tak akh, jangan. Dah tahu kita ni hina, kotor, gelap plus tak berguna, lagi lah patutnya kita kena bergaul dengan mereka.”
“Hah?”
“Cuba bayangkan, kalau dah tahu bau diri tu busuk, pastu lari dari orang-orang yang pakai minyak wangi. Huh, macam mana nak kita nak berubah jadi wangi kalau macam tu?”
“Oh.. Faham faham..”
“Ok lah, kalau dah faham. Ana just nak ingatkan antum, jangan pernah putus asa dalam mengejar rahmat Allah. Ok?”
“Ok..”
“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa: sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[QS az-Zumar, 39:53]
“Jaga hubungan dengan Allah, pastu study betul-betul. Jangan main-main. Macam mana nak excel, kalau hang asyik dok wat dosa je.”
“Hehe. Menusuk kalbu tu..”
"Tak pe, akh. Yang penting, biar kita jadi bekas ahli maksiat. Jangan jadi bekas ahli kebaikan sudah."
"tangan pendosa"
khir al-imtiaz
1047pm
06-05-2011
I'm sorry if there are mistakes in this entry.and sorry sgt² bhse rojak.sorry all my dearest readers!.
tulus dari hati se0rang insan,
kak sol!!..salam..nak!!..please..photostat this entry and pass to me at the scholl.I'm very appreciate!!!..Thanks..salam..
ReplyDeletedayat!wasalam.akk bru prasan comment ni.nk x entry ni.akk print kan.?
ReplyDelete