Sunday, June 21, 2009

buat sang adam.


Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskanhatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kaupinta semasa kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jaditidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasainginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong darilandasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebihramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulahsebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jikabilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlahdunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabilsehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitumaka tidak selaraslah undang-undang Allah yangmengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidaklebih dari empat pada satu waktu.


Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yangmembimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmuyang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dangulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagisudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadiisterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isiperkara.


Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yangmenyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaumwanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kaudiberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati danmengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku danTuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadipada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramaimenderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalanyang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki akutinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa akukeluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup darihujung kaki sampai hujung rambut.Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu,aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu danguru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yangsama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutanmemikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantarakau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sajaaku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggimenyingsing peha mengamankan negara. Apakah kausekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilangkasih sucimu terhadapku?


Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anakjahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh,guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selaluberkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, takmudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yangdhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakahdidikanmu terhadapku sama seperti didikan NabiMuhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adammelayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadapmereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contohterhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalahketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kaulalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakalaaku kelebihan nafsu.


Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satunafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku,kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering akutergelincir ditolak sorong oleh nafsu dankuncu-kuncunya.


Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agarmenerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadakuagar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah parasahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kitatunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumkuyang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulahengkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yangengkau agungkan itu...

No comments:

Post a Comment